Sabtu, 9 September 2017

Projek Pertanian Moden Kluang


Antara tempat menarik sekitar Kluang ini ialah Projek Pertanian Moden Km 15 Jln Kluang Ayer Hitam berhampiran Felda Air Hitam Kluang ,nak masuk kedalam tu kena melalui pintu gate berpengawal,mesti tulis nama baru boleh masuk.Oleh kerana minat dengan pertanian so kami anak beranak keraplah juga masuk pada waktu cuti sekolah dan hujung minggu.Ladang disini bersaiz besar, tenakan lembu,kerbau dan tanaman makan ada,seronok tengok.


Ladang jambu batu

 Lebatnya buahh

 Haaa dapat pun,kami tengok pekerja sedang petik buah,dia nampak kami tu yang bagi

 Cantiknyaa

Bilalah nak dapat ladang sendiri macam ni...mmm berangan jelah

Jumaat, 8 September 2017

THE MURAL ROOMSTAY



Saya ada menawarkan perkhidmatan 1 unit roomstay  dengan harga yang berpatutan kepada sesiapa yang berhajat hendak ke daerah kluang. Roomstay ini terletak hanya 1km sahaja dari Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang, 3km ke Taman Sri Lambak (T6) dan 7km ke Pasaraya Eon Big/Econsave.



Umumnya pemilik rumah yang lain mengadakan homestay yang mengandungi beberapa bilik di dalamnya,tapi ini saya menawarkan bilik yang privasi sesuai untuk keluarga kecil atau kumpulan yang sedikit.






Fasiliti asas yang disediakan
  • Dua katil bujang
  • Almari
  • Tv (MyTVFreeview)
  • Jug kettle
  • Bilik air
  • Seterika
  • Penghawa dingin


Lokasi 

No 946 Jalan Seri Impian 3/18,
Bandar Seri Impian,
Kluang

Kadar sewa : RM 40 untuk sehari semalam..jimat kannn..









Jika berminat boleh hubungi saya Azam 012-7599562,whatsapp lebih baik






Selasa, 5 September 2017

Pantai Tanjung Balau


Klik disini untuk bermalam di Mural Roomstay

Hari cuti hujung minggu antara lokasi tempat menarik kami anak beranak ke pantai tanjung balau
Kota Tinggi,seawal jam 7.00 pagi dah sampai sana sebabnya nak elakan panas terik.Jadi pagi-pagilah kami dah sampai sana.
Pagi-pagi orang dah ramai

Memang ada niat nak masuk muzium ni,tapi boleh terlupa pulak,lepas mandi terus balik..

Matahari dah mula terik maaaaa


Tak puas mandi lagi ni

Mereka ni yang terlebih seronok


Birthday Abang dan Adik


Klik disini untuk bermalam di Mural Roomstay 

Selamat hari jadi adik dan abang,ayah ibu tak pernah lupa tentang hari yang penuh bermakna.
Ayah dan ibu tetap sambut kamu semua dangan walupun suasana yang simple.Adik 4 tahun dan abang 7 tahun.Terima kasih ibu dapat siapkan semua hiasan dan kek..aminn.




Isnin, 4 September 2017

Pasar Tani Taman Sri Lambak

Klik disini untuk bermalam di Mural Roomstay

Pasar Tani Taman Sri Lambak

Biasanya hujung minggu setiap hari sabtu kami sekeluarga akan pergi ke Pasar Tani Taman Sri Lambak.
Biasalah cari barang keperluan dapur,kami suka kesini sebab kebanyakan semua produk segar yang dijual segar dari ladang dengan harga yang berpatutan.
Kedudukan Pasar ni km 14 Jalan Kota Tinggi Kluang,tepi jalan je dah nampak




Time orang nak ambil pic jadual masa tulah budak ni nak berposing


Nah ni jadual


Bendi...nak masak apa ek?


Sayur pucuk paku kampung pun ada